Perkhidmatan : Menyediakan perkhidmatan Guaman Syarie, Perunding Keluarga Islam, Penasihat Undang-undang Syariah, Penulis surat wasiat, hibah dan menguruskan harta pusaka (faraid).


Khidmat Guaman Syarie : Memberi khidmat nasihat dan panduan berhubung prosedur, pemakaian dan perlaksanaan undang-undang syariah kepada pelanggan. Menyediakan dokumentasi (pliding) berhubung kes-kes yang ingin difailkan oleh pelanggan di Mahkamah Syariah. Mewakili pelanggan dalam prosiding kes yang difailkan di Mahkamah Syariah.

Perunding Keluarga Islam : Memberi khidmat nasihat dan panduan berhubung permasalahan kekeluargaan yang timbul dikalangan masyarakat Islam.

Penasihat Undang-undang Syariah : Memberi khidmat nasihat dan panduan berhubung perundangan Islam berkaitan dengan permasalahan Ibadah, Ahwal-Syakhsiyyah, Muamalat, Ekonomi, Sosial dan sebagainya yang berkaitan dengan Hukum Syarak.

Penulis surat wasiat, hibah dan menguruskan harta pusaka (faraid) : Menyediakan surat wasiat, hibah dan dokumen lain yang diperlukan berhubung pengurusan harta dalam Islam yang berkaitan dengan Mahkamah Syariah.


KES-KES YANG DIKENDALIKAN OLEH FIRMA KAMI :

1. Permohonan perkahwinan
- Wali Hakim
- Perkahwinan bawar Umur
- Poligami
- Janda berhias

2. Pengesahan & Pendaftaran Pernikahan luar negara

3. Sabitan Nusyuz/Perintah taat

4. Perceraian

- Cerai seksyen 47
- Fasakh
- Ta'liq
- Khulu' (tebus talak)
- Anggapan Mati
- Faraq Pernikahan

5. Tuntutan selepas perceraian
- Nafkah iddah
- Mutaah
- Harta sepencarian
- Nafkah tertunggak isteri

6. Hak Jagaan (hadhanah) & Nafkah Anak
- Nafkah tertunggak anak

7. Perlaksanaan & Penguatkuasaan Perintah

8. Perintah-perintah Tegahan.

9. Wasiat, Hibah dan Faraid

10. Kes-kes Jenayah Syariah

11. Kes-Kes Pusaka

12. Pengesahan Nasab

13. Gantirugi Pertunangan


TEMUI KAMI DI :-


Suite 17, PKNS BIZPOINT, No 67A, Tingkat 1, Jalan Plumbum P7/P, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
No Tel : (+6)03-5566 8584 | No Fax : (+6)03-5511 2613 | No HP : 012-6194137 (En Redzuan) | No HP : 012-6962208 (Pn Juliana)
| email : mrrasyariah@gmail.com |

WARNING: Every publication, presentation, product's design, trademark, logo, media file and certificates are "Copyright Reserve"